Ciri-ciri konstruksi ergatif dalam bahasa Melayu

Pengarang

  • Sato Hirobumi @ Rahmat Universiti Brunei Darussalam, Brunei

Abstrak

Makna ragam kerja bahasa Melayu telah lama diajarkan dalam dikotomi aktif dan pasif yang didasarkan secara formal sahaja kepada wadah bahasa Eropah moden. Akibatnya fakta kebahasaan yang berlangsung sejak zaman bahasa Melayu klasik kurang diperhatikan di arena pendidikan bahasa. Contohnya, terdapat ayat pasif yang membawa makna nosional "membuat" (aktif) dari segi struktur sintaksis. Soal pertentangan aktif-pasif ini perlu diteliti dengan memperhatikan perbezaan ragam kerja antara bahasa Melayu dan bahasa Eropah. Dalam hal ini, idea pembezaan PASIF !ATI (zuiver passid) dari PASIF BERPELAKU (subjectief passief) yang dikemukakan oleh Hollander (1856) membawa kepada penemuan idea KONSTRUKSI ERGATIF secara tidak langsung dalam kajian apa yang dinamakan "ayat pasif' secara tradisional dalam bahasa Melayu. Dengan idea barn ini, soal kasus nama bahasa Melayu juga dapat dibincangkan dalam kerangka ayat bahasa Melayu yang tersendiri. Makalah ini akan meneliti semula fungsi ragam kerja bahasa Melayu, berdasarkan fakta bahasa dan kajian yang dihasilkan sejak abad ke-19 dalam sejarah kajian tatabahasa bahasa Melayu.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2008-06-02