Variasi leksikal Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia: suatu analisis dari perspektif kata

Pengarang

Abstrak

Bahasa Melayu Malaysia (BMM) dan Bahasa Indonesia (BI) merupakan variasi bahasa Melayu. Kedua-duanya berasal daripada bahasa induk yang sama. Namun kedua-duanya mengalami perubahan, terutama selepas masing-masing mencapai kemerdekaan. Tulisan ini cuba merungkai sejauh mana wujudnya kecapahan di sebalik kesetumpuan dalam leksikal BMM dan BI. Data Kamus Dewan edisi keempat (2005) dan Kamus Besar Bahasa Indonesia edisi ketiga (2001) menjadi narasumber kajian ini. Ada tujuh jalur yang ditelusuri dari perspektif kata. Pertama, kata yang sama dan seluruh komponen maknanya berbeza. Kedua, kata yang sama, tetapi bertindihan komponen maknanya yakni ada perbezaan dan persamaan. Ketiga, kata yang sama dan seluruh komponen maknanya sama. Keempat kata yang tidak ada pasangan makna (ada dalam BMM, tidak ada dalam BI. Kelima kata yang berbeza, tetapi konsepnya sama (yang tidak diketahui variasi lain). Keenam, kata yang berbeza, konsepnya sama (yang diketahui dalam salah satu atau kedua-dua variasi). Ketujuh, kata yang sama, tetapi berbeza dari segi stilistik dan temporal. Kajian ini menampilkan beberapa kecapahan yang menghambat keberkesanan komunikasi antara penutur BMM dan BI.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2008-06-02