Memasyarakatkan kajian morfologi dalam dunia Melayu

Pengarang

Abstrak

Memasyarakatkan kajian morfologi bermaksud menyebarluaskan sesuatu kajian morfologi agar maklumat mengenainya dimaklumi, diketahui, difahami, dihayati dan diamalkan secara menyeluruh oleh masyarakat. Dalam usaha memasyarakatkan kajian morfologi ini, dua perkara penting yang perlu diberi penekanan ialah (i) mengenal pasti jenis kajian morfologi yang ingin dimasyarakatkan, dan (ii) mengenal pasti cara dan kaedah yang sesuai untuk menyebarluaskan kajian morfologi tersebut. Dalam konteks pemasyarakatan bahasa, kajian morfologi yang dijangka mudah tersebar dan meresap masuk ke dalam jiwa masyarakat adalah kajian yang menghurai dan menjelaskan bahasa yang diketahui dan disenangi oleh pengguna bahasa itu sendiri, iaitu pertuturan yang lazim mereka dengar dan gunakan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu juga, kajian morfologi yang ingin dimasyarakatkan itu mestilah kajian yang dapat memantapkan lagi ilmu linguistik Melayu yang sedia ada. Kajian morfologi yang dapat menepati gagasan ini adalah kajian yang menerapkan dua pendekatan berikut, iaitu (i) linguistik korpus, dan (ii) linguistik hipotetiko-deduktif. Dalam konteks menyebarluaskan hasil kajian pula, sekurang-kurang terdapat empat cara yang munasabah yang boleh dilaksanakan, iaitu (i) penyebaran melalui persidangan, (ii) penyebaran melalui penerbitan, (iii) penyebaran melalui pengajaran, dan (iv) penyebaran melalui portal.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2009-06-01