Tema bertanda ayat qacana: analisis nahu fungsional

Pengarang

Abstrak

Halliday (1994) apabila membincangkan fungsi ayatlklausa sebagai representasi ideasional — cara menyampaikan pola pengalaman — menegaskan bahawa untuk fungsi itu, klausa lazimnya mengandungi tiga unsur utama, iaitu proses, pemeran, dan keadaan. Menurutnya, unsur keadaan dalam klausa direalisasikan melalui gugusan adverba atau frasa preposisi. Unsur keadaan itu atau dalam sesetengah buku nahu dinamakan adverba atau keterangan, kurang dihuraikan dalam sintaksis formal. Berasaskan kerangka teori nahu fungsional Halliday (1994) dan Asmah (1986) serta memanfaatkan wacana Sasterawan Negara A. Samad Said, kertas kerja ini khusus membincangkan unsur keadaan di awal ayat atau dinamakan "Tema bertanda". Perbincangan meliputi bentuk dan fungsi unsur Tema bertanda dalam membantu menyampaikan pola pengalaman dalam ayat serta wacana.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2007-12-03