Perbandingan istilah pinjaman bahasa Melayu dan bahasa Korea
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menelusuri persamaan dan perbezaan dalam penterjemahan istilah asing ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea. Kajian turut meneliti kaedah pembentukan istilah yang diterapkan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Data kajian terdiri daripada istilah yang sering digunakan oleh masyarakat umum dalam bidang perubatan dan perbankan. Data dalam bidang berkaitan dikumpulkan daripada akhbar, brosur untuk orang awam, serta pangkalan data korpus bahasa Melayu. Data tersebut seterusnya dibandingkan dengan istilah dalam bahasa Korea yang diperoleh melalui soal selidik kepada informan penutur jati bahasa Korea. Hasil kajian dapat menghuraikan fenomena peminjaman kata asing melalui penterjemahan istilah dalam kedua-dua bahasa yang dapat menyumbang kepada proses perancangan bahasa.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
