Inventori Fonem Dialek Melayu Midai: Analisis Struktural
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb23(2)no1Abstrak
Kajian ini menekuni bidang fonologi bagi meneliti dialek yang belum pernah mendapat perhatian oleh pengkaji luar, iaitu dialek Melayu Midai (DMM). Dialek Melayu Midai merupakan dialek yang dituturkan di Pulau Midai, kabupaten Natuna, Indonesia. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti inventori fonem dan menganalisis inventori fonem berdasarkan pendekatan struktural seperti yang telah dipelopori oleh Ferdinand de Saussure. Bagi menjayakan kajian, temu bual telah diadakan dengan menggunakan Senarai 230 Kata Morris Swadesh yang telah diubah suai berdasarkan situasi Nusantara untuk menemu bual informan. Dapatan kajian mendapati bahawa DMM mempunyai tujuh fonem vokal yang terdiri daripada vokal /i/, /e/, /a/, /e/, /u/, /o/, dan / /. Fonem vokal diftong dalam DMM pula sebanyak empat jenis, iaitu /-ai/, /-ui/, /-au/, dan /-oi/. Selain itu, penganalisisan terhadap fonem konsonan pula mendapati bahawa terdapat 21 konsonan dalam DMM. Penganalisisan terhadap inventori fonem merupakan satu pendedahan yang baik terhadap DMM yang belum pernah diterokai secara akademik oleh pengkaji luar. Oleh itu, diharapkan bahawa kajian linguistik terhadap DMM akan dapat diteruskan untuk menunjukkan ciri dalam dialek tersebut Kata kunci: Inventori fonem, dialek Melayu Midai, pendekatan struktural, fonologi, daftar kata Swadesh, pendekatan de Saussure
Kata kunci: Inventori fonem, dialek Melayu Midai, pendekatan struktural, fonologi, daftar kata Swadesh, pendekatan de Saussure
Teks penuh: PDF
Rujukan
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
