Gaya Kesejajaran dalam Puisi Melayu

Pengarang

  • Mohammad Fadzeli Jaafar Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Khazri Osman Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb22(2)no2

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meneroka kepelbagaian bentuk dan makna kesejajaran dalam puisi Melayu. Untuk tujuan tersebut, kajian ini telah memilih salah seorang penyair yang terkenal di Malaysia, iaitu A. Latiff Mohidin, yang didapati sangat konsisten mengaplikasi pelbagai pola kesejajaran dalam karyanya. Latiff lebih dikenali dengan gaya individualisme dan visualisme. Kajian ini akan meneliti karyanya yang terkenal, iaitu Sungai Mekong (The Mekong river) yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1974. Pola kesejajaran akan dianalisis dari aspek gramatikal, iaitu kesejajaran fonologi, kesejajaran morfologi dan kesejajaran sintaksis. Hasil kajian ini mendapati penyair menggunakan teknik kesejajaran yang sangat ketat, dengan mengawal bunyi, kata dan struktur ayat. Penyair juga menggabungkan aspek kesejajaran dan perulangan dalam karyanya. Unsur kesejajaran ditemui pada semua posisi, iaitu awal, tengah dan akhir baris. Dari segi makna, Latiff lebih cenderung menggunakan kesejajaran antitetik dan sintetik. Hasil kajian ini menyumbang kepada gaya Latiff Mohidin secara khususnya, dan gaya puisi Melayu umumnya.

Kata kunci: Kesejajaran fonologi, kesejajaran morfologi, kesejajaran sintaksis, kesejajaran antitetik, kesejajaran sintetik, perulangan

Teks penuhPDF

Rujukan

Diterbitkan

2022-10-29