Metafora Akal, Kehidupan Dan Fikiran Dalam Buku Falsafah Hidup Karya Hamka
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb23(1)no5Abstrak
Manusia cenderung untuk memanfaatkan metafora bagi menyampaikan makna implisit di sebalik penyampaian makna literal terutamanya dalam penulisan. Pemanfaatan metafora dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan perspektif seperti menyampaikan sesuatu yang bersifat abstrak atau menjelaskan sesuatu konsep yang kompleks. Namun begitu, metafora yang mengandungi makna yang berlapis membawa kepada berlakunya penyalahtafsiran makna, disebabkan pengguna bahasa tidak dapat memahami makna disebalik ungkapan tersebut. Hal ini turut menyebabkan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembaca gagal difahami dan terjadinya kekaburan makna dan kegagalan komunikasi. Penggunaan metafora yang menghiasi penulisan karya Hamka dengan konsep falsafah kehidupan menjadi wadah untuk menginterpretasikan makna tersirat yang wujud disebalik penulisannya. Sehubungan dengan itu, kajian ini membincangkan penginterpretasian makna metafora AKAL, KEHIDUPAN dan FIKIRAN yang paling mendominasi dalam buku Falsafah Hidup karya Hamka berdasarkan kepada pengaplikasian teori Hibrid. Data kajian ini diperoleh daripada empat bab pertama buku Falsafah Hidup. Analisis terhadap tiga metafora ini telah dapat menghasilkan beberapa rantau konseptual yang memanifestasikan fikiran Hamka dalam menghuraikan dimensi asas kehidupan. Dua bentuk metafora iaitu metafora konvensional dan metafora linguistik telah dikenal pasti dalam kajian. Kedua-dua bentuk metafora ini juga berjaya menghasilkan tiga jenis metafora konseptual iaitu metafora orientasi, metafora ontologi dan metafora struktural.
Kata kunci: Metafora linguistik, metafora konvensional, metaforaorientasi, metafora ontologi, metafora struktural, Teori Hibrid
Teks penuh: PDF
Rujukan
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
