Bahasa Retorik sebagai Strategi Penyampaian Khutbah Jumaat di Negara Brunei Darussalam
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb23(1)no3Abstrak
Penggunaan bahasa retorik dalam bidang penulisan dakwah dapat memberikan pengaruh dan kesan tertentu kepada masyarakat secara komprehensif. Oleh itu, pemilihan unsur retorik perlu dititikberatkan oleh penulis teks khutbah untuk menghasilkan wacana dakwah yang berkualiti. Hal ini bukan sahaja dapat menjamin keberkesanan dakwah yang disampaikan, malah mampu merealisasikan setiap objektif yang ditetapkan oleh institusi keagamaan, khususnya dalam penyelarasan teks khutbah Jumaat yang disampaikan antara bulan Mac hingga Mei 2022. Kajian ini dilakukan untuk mengidentifikasikan penerapan bahasa retorik dalam teks khutbah Jumaat oleh institusi keagamaan di Negara Brunei Darussalam dengan berpandukan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993). Kajian ini juga menganalisis dan membincangkan peranan dan fungsi penanda retorik tersebut yang dianggap sebagai strategi dakwah yang berkesan. Menerusi kajian ini, didapati bahawa institusi keagamaan di negara ini telah memanfaatkan penggunaan bahasa retorik sebagai strategi utama dalam penyampaian teks khutbah Jumaat dengan mengaplikasikan beberapa teknik, iaitu pendedahan, penerangan, pemujukan dan penghujahan. Kesimpulannya, keberhasilan penyampaian butiran dakwah kepada masyarakat bergantung pada kebijaksanaan dalam penggunaan bahasa supaya perkara yang ingin disampaikan dapat disalurkan dengan mudah dan jelasnya.
Kata kunci: Khutbah Jumaat, bahasa retorik, strategi, estetik, dakwah, pengaruh
Teks penuh: PDF
Rujukan
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
