Penggunaan Aspek Deiksis dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb23(1)no6Abstrak
Deiksis merupakan cara sesuatu bahasa diperkatakan dan cara bahasa tersebut melengkapi konteks ujaran (Levinson, 1983). Kajian mengenai deiksis dalam filem masih tidak banyak dan belum cukup meluas kerana kajian tentang deiksis lebih tertumpu pada korpus, seperti iklan dan bahasa, atau dialek. Berdasarkan pemerhatian, sehingga kini, masih tiada kajian oleh sarjana tempatan yang mengetengahkan filem dalam penelitian elemen deiksis. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis deiksis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan menganalisis deiksis berdasarkan ujaran dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks dalam pengumpulan data dengan bersandarkan kerangka Teori Pragmatik Levinson (1983). Dapatan akan dikenal pasti dan dikategorikan mengikut lima jenis deiksis yang digariskan dalam Teori Pragmatik Levinson (1983), iaitu deiksis orang, deiksis waktu, deiksis tempat, deiksis sosial dan deiksis wacana. Kajian ini membantu meluaskan lagi skop kajian deiksis dan meningkatkan lagi penghasilan kajian mengenai deiksis. Jelasnya, penggunaan deiksis secara tidak langsung dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu peristiwa, seperti penggunaan deiksis waktu dan deiksis wacana. Penggunaan deiksis ini juga dapat memberikan maklumat yang jelas mengenai perkara yang hendak disampaikan.
Kata kunci: Penggunaan, deiksis, pragmatik, Levinson, filem, Hikayat Merong Mahawangsa
Teks penuh: PDF
Rujukan
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
