Penyukuan Vokal Tinggi dalam Bahasa Kerinci: Analisis Teori Fonologi Autosegmental

Penyukuan Vokal Tinggi dalam Bahasa Kerinci: Analisis Teori Fonologi Autosegmental

Pengarang

  • Nur Farahkhanna Mohd Rusli Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Adi Yasran Abdul Aziz Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb22(2)no3

Abstrak

Makalah ini bertujuan menjelaskan proses penyukuan vokal tinggi /i/ dan /u/ pada posisi nukleus suku kata dalam bahasa Kerinci. Dalam bahasa tersebut, vokal /i/ dan /u/ yang menduduki posisi nukleus akan mengalami perubahan bunyi contohnya bunyi /i/, /u/, /is/ dan /us/ akan direalisasikan sebagai [aj], [aw], [ajh] dan [awh]. Bagi menjelaskan perubahan yang berlaku, analisis tentangnya akan dijelaskan dengan menggunakan Teori Fonologi Autosegmental (Goldsmith, 1976/1990). Terdapat tiga gagasan utama dalam teori tersebut, iaitu proses penghubung, nyah hubung dan penyebaran fitur. Perubahan yang berlaku terhadap vokal tinggi dapat dijelaskan berdasarkan proses penyukuan semula menurut model skeletal KV oleh McCarthy (1981). Data kajian terdiri daripada sumber sekunder dan primer yang diperoleh melalui tiga kaedah, iaitu kaedah kepustakaan, pemerhatian dan temu bual. Instrumen yang digunakan dalam proses pengumpulan data terdiri daripada alat perakam, borang soal selidik dan buku catatan. Dalam kajian ini, informan terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita berusia 50 tahun dan ke atas yang merupakan penutur Kerinci dialek Semerap yang lahir di Kabupaten Kerinci, Sumatera Barat, Indonesia. Namun begitu, informan telah lama menetap di Kampung Batu 21 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor lebih daripada 30 tahun. Hasil kajian menunjukkan vokal tinggi /i/ dan /u/ yang berada di nukleus suku kata akhir akan dihubungkan dengan nodus koda dan direalisasikan sebagai bunyi geluncuran [j] dan [w]. Malah, analisis penyukuan vokal tinggi di koda juga telah dapat menjelaskan penyisipan vokal [a] dalam output kata [mã.taj] “mati”, [sa.taw] “satu”, [tu.lajh] “tulis” dan [ku.rawh] “kurus” berdasarkan model skeletal KV model McCarthy (1981).

Kata kunci: Bahasa Kerinci, penyukuan vokal tinggi, koda, struktur suku kata, fonologi autosegmental

Teks penuhPDF

Biografi Pengarang

  • Adi Yasran Abdul Aziz, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

    Nur Farahkhanna binti Mohd Rusli (Ph.D) ialah pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bidang pengkhususan beliau ialah linguistik Melayu dan fonetik dan fonologi bahasa Melayu.

     Adi Yasran bin Abdul Aziz (Ph.D) ialah Profesor Madya di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Bidang pengkhususan beliau ialah fonetik dan fonologi bahasa Melayu, dan sistem tulisan Jawi.

Rujukan

Diterbitkan

2022-10-29