Strategi Komunikasi antara Budaya Minangkabau-Mandailing: Analisis terhadap Interaksi Sosial Komuniti Kampus
Abstrak
Kajian ini mengungkapkan strategi komunikasi yang digunakan oleh suku bangsa Minangkabau dan Mandailing dalam lingkungan kampus. Data kajian ini diperoleh mengikut kaedah etnografi, iaitu pengamatan ikut serta dan temu bual. Analisis dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan paradigma sosiopragmatik. Dapatan menunjukkan bahawa pemusatan dan penyimpangan merupakan strategi yang digunakan dalam berkomunikasi antara budaya Minangkabau-Mandailing. Dapatan ini menyokong teori akomodasi Giles (1975) dan model komunikasi konvergensi Rogers dan Kincaid (1981). Secara praktisnya, kedua-dua strategi tersebut aplikasinya secara bervariasi sesuai dengan konteks penggunaannya. Penggunaan kedua-dua strategi tersebut melibatkan tiga kod, iaitu bahasa persatuan (Indonesia), Minangkabau, dan Mandailing.
Kata Kunci: strategi komunikasi antara budaya, komuniti kampus, Minangkabau, Mandailing, sosiopragmatik, dan etnografi
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
