Golongan dan Rumus Kata Gandaan Berima

Pengarang

  • Zaitul Azma Zainon Hamzah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Yunus Sharum Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Kata gandaan berima merupakan satu golongan kata dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat masalah berkaitan ciri penggolongan dan pengenalpastian pembentukannya. Dalam makalah ini kata gandaan berima dikaji dan beberapa ciri khusus definisinya diketengahkan. Selain itu, aspek pembentukan strukturnya dijelaskan dengan menggunakan model Morpheme Doubling Theory (MDT) berserta hipotesis "acuan makna". Tiga rumus pembentukan gandaan rima dijelaskan secara terperinci. Melalui kajian ini, empat golongan kata gandaan berima dikenal pasti melibatkan dua golongan baharu berdasarkan rumus. Kesimpulannya, golongan dan penggandaan berima boleh diperjelas secara lebih terperinci, dengan kekangan pada sesetengah aspek.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2011-06-01