Entri, Makna dan Padanan dalam Kamus Dwibahasa Melayu-Inggeris: Satu Analisis Semantik Ranahan

Pengarang

Abstrak

Makalah ini membincangkan pecahan makna entri "menjulang" untuk dua kamus dwibahasa Melayu-Inggeris, iaitu kamus Intelek Malay-English Dictionary dan Kamus Perwira Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. Daripada soal selidik yang dilakukan menunjukkan entri menjulang merupakan entri yang paling bermasalah yang dihadapi oleh pelajar terjemahan, oleh itu teori Semantik Ranahan diaplikasikan dalam analisis linguistik entri "menjulang" berdasarkan data korpus bahasa Melayu DBP-UKM yang mengandungi lima juta patah perkataan untuk menyusun semula pecahan makna entri tersebut. Analisis linguistik bukan sahaja berdasarkan data korpus, rujukan kepada kamus ekabahasa Melayu dan Inggeris juga dibuat, manakala padanan bahasa Inggeris diambil daripada pangkalan data FrameNet. Analisis Semantik Ranahan menyusun makna mengikut ranah dan valensi kata tersebut. Unsur ranah dan valensi kata yang membezakan satu makna kata "menjulang" dengan pecahan maknanya yang lain. Makalah ini juga mencadangkan entri "menjulang" yang lebih tersusun maksudnya dengan padanan bahasa Inggeris yang sesuai.

Kata kunci: kamus dwibahasa, Semantik Ranahan, pecahan makna, valensi, FrameNet

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2012-06-01