Perilaku Morfologi Awalan Ber- dalam Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden: Satu Kajian Perbandingan
Abstrak
Kajian ini menghuraikan perilaku morfologi awalan beR- dalam korpus bahasa Melayu klasik yang merangkumi aspek fungsi, taburan dan makna yang didukung oleh imbuhan tersebut dalam konteks penggabungannya dengan kata dasar. Perilaku morfologi ini dibandingkan dengan perilaku awalan beR- dalam korpus bahasa Melayu moden. Perbandingan ini bertujuan melihat gejala pengekalan dan inovasi yang berlaku dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu. Data bahasa Melayu klasik diperoleh daripada korpus klasik yang berjumlah 2 440 258 kata yang dijana daripada pangkalan data bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menggunakan perisian program Telnet. Data bahasa Melayu moden dipetik daripada korpus UKM-DBP yang berjumlah lima juta kata dengan menggunakan perisian WordSmith Tools 5.0. Kata terbitan yang dijana dalam bentuk konkordans kemudiannya diklasifikasikan berdasarkan perilaku morfologinya. Data kajian dianalisis menurut kerangka teori morfologi generatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian daripada fungsi, taburan dan makna awalan beR- mengalami proses pengekalan, dan sebahagian yang lain mengalami proses inovasi, seperti peluasan, pengecilan, pengambilalihan dan penghilangan.
Kata kunci: morfologi, fungsi, taburan, pengekalan, inovasi
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
