"Proses" dalam Ayat Wacana : Representasi Pengalaman Dunia Penutur

Pengarang

Abstrak

Makalah ini bertitik tolak daripada pandangan bahawa manusia bangkit dan mempersembahkan pengalaman dunia mereka melalui bahasa yang dimanifestasikan oleh unsur "proses" dalam klausa. Dengan demikian, analisis proses dalam klausa ialah langkah awal yang penting bagi meneliti cara manusia bangkit dan mempersembahkan pengalaman dunia mereka melalui bahasa. Makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan jenis proses dalam klausa atau ayat Melayu. Pengenalpastian jenis proses berdasarkan pemikiran nahu fungsional yang mengiktiraf bahasa sebagai sistem komunikasi manusia dan memanfaatkan data wacana naratif. Daripada analisis, dikenal pasti dan ditafsirkan tujuh jenis proses utama dalam bahasa Melayu. Terdapat tujuh cara penutur bahasa Melayu bangkit dan mempersembahkan pengalaman dunia mereka melalui penggunaan proses tertentu dalam klausa dan ayat. Proses berkenaan ialah lakuan, keadaan, minda, kewujudan, pertalian, pemerian, dan verbal. Bagi setiap jenis proses itu dihuraikan sifat masing-masing serta contoh penggunaannya dalam wacana.

Kata kunci: proses, klausa, nahu fungsional, wacana, lakuan, minda, keadaan, kewujudan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-06-01