Ucap Selamat, Ungkapan Anomali Namun Dimengerti dalam Komunikasi: Penjelasan Dari Perspektif Pragmatik
Abstrak
Persoalan tentang ucap selamat ini banyak dikaji dari perspektif sosiolinguistik dan sosiopragmatik khususnya yang berasaskan Teori Kesantunan dan Teori Lakuan Bahasa. Walau bagaimanapun, belum ada kajian di luar negara mahupun tempatan yang membincangkan ucap selamat ini dari segi bentuk logik dan makna proposisinya. Melihat bentuk logik ucap selamat dan makna proposisinya yang anomali, penggunaan ucap selamat ini sebenarnya menuntut penjelasan yang sempurna dan menyeluruh. Mengapakah makna proposisinya yang anomali (dan ada yang menganggapnya kosong dari segi semantik) membolehkan ungkapan ini dimengerti dan difahami dan terus digunakan dengan meluasnya dalam komunikasi manusia sehari-hari? Penggunaan ucap selamat yang sekian lama digunakan dalam komunikasi manusia sehari-hari ini didasari oleh sebab yang tertentu dan seharusnya dapat dijelaskan berdasarkan pendekatan yang tertentu. Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan pragmatik, khususnya Teori Relevans yang didukung oleh prinsip Relevans Kognitif dan prinsip Relevans Komunikatif, akan dijelaskan mengapakan bentuk ucap selamat yang tersebut sedemikian, dan mengapa penutur bahasa Melayu menggunakannya sejak sekian lama walaupun makna proposisinya anomali?
Kata kunci: sosiopragmatik, literal, anomali, pragmatik, teori Relevans, prinsip Relevans Kognitif dan prinsip Relevans Komunikatif
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
