Analisis Kata Pikat dalam Media Sosial: Satu kajian Semantik

(An Analysis of Pick-up Lines in Social Media: A Semantic Study )

Pengarang

  • Mardina Mahadi Program Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Brunei Darussalam
  • Nurul Azyan Zunaidi Program Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Brunei Darussalam

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb21(1)no7

Abstrak

Kajian ini meneliti kata pikat atau pick-up line khususnya dalam bidang semantik dengan menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Mansoer Pateda (2001). Pendekatan tersebut terdiri daripada empat aspek makna, iaitu pengertian, nilai rasa, nada dan maksud. Berlaku pertambahan perkataan baharu yang timbul untuk istilah kata pikat ini yang digunakan dalam media sosial selaras dengan arus pemodenan bahasa. Kata pikat merupakan strategi yang digunakan oleh lelaki untuk berkomunikasi dengan perempuan yang diminatinya dengan niat untuk menjalinkan hubungan atau memulakan perkenalan. Kajian lepas banyak dilaksanakan di negara Barat, namun belum ada kajian bertulis yang dilakukan di negara Brunei setakat ini. Selain itu, terdapat juga yang salah faham mengenai kata pikat dengan ayat penyata. Bagi menentukan aspek makna (Pateda, 2001), kajian ini meneliti ciri-ciri yang terdapat dalam beberapa ayat kata pikat yang pernah diujarkan oleh orang Brunei secara khusus yang dipilih oleh pengkaji melalui dua aplikasi media social, iaitu Instagram dan YouTube. Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah sejauhmanakah pendekatan Pateda (2001), iaitu empat aspek makna dapat dilihat dalam ayat kata pikat. Ciri-ciri yang terdapat dalam ayat kata pikat juga diteliti. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat keempat-empat aspek makna tersebut berdasarkan ciri-ciri yang diperoleh untuk setiap kata pikat, dan pada masa yang sama jelas memainkan peranan dalam pemahaman makna kata pikat yang ingin disampaikan oleh penutur.

Kata kunci: Kata pikat, semantik, ciri-ciri, aspek makna, media sosial

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-06-01