Bahasa Kiasan dalam Lagu "Mati Hidup Semula": Analisis Semantik Inkuisitif
(Figurative Language in "Mati Hidup Semula" Song: A Semantic Inquisitive Analysis)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb.19(2)no3Abstrak
Pemilihan leksikal dalam lirik lagu memerlukan pemikiran tajam penulis kerana kepuitisan perlu ada dalam lirik lagu di samping mesej dapat disampaikan dengan tepat kepada pendengar. Kajian ini bertujuan menghuraikan makna dan akal budi penulis melalui bahasa kiasan yang digunakan dalam lagu "Mati Hidup Semula". Dua ungkapan implisit telah dipilih untuk dianalisis, iaitu "Dulu hidup kurasakan mati" dan "Setelah mati kuhidup semula". Kajian ini berbentuk analisis kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Gandingan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna dua ungkapan implisit tersebut sehingga memperlihatkan akal budi penulis. Hasil analisis mendapati hubungan kata "hidup" dengan "mati" bukan sahaja bersifat antonim pada peringkat harfiah tetapi mendukung makna tambahan secara dualisme. Pemilihan kedua-dua ungkapan tersebut tidak dilakukan sewenang-wenang tetapi telah difikirkan dengan teliti oleh penulisnya.
Kata kunci: bahasa kiasan, lirik lagu, mati hidup semula, semantik inkuisitif
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
