Analisis Proses I'lal Dalam Perkataan Bahasa Arab Sebelum Dipinjamkan kepada Bahasa Melayu
(Analysis of the I'lal Process in Arabic Words Prior to Being Loaned to the Malay Language)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb19(1)no4Abstrak
Artikel ini menganalisis dan mentafsirkan perubahan bunyi yang terdapat dalam perkataan bahasa Arab sebelum dipinjamkan dalam bahasa Melayu, perubahan bunyi tersebut dalam kajian Arab secara khusus dikenali sebagai proses i'lal. Sesuatu kajian yang mengkhususkan aspek etimologi yang memerlukan rujukan terhadap kamus Arab tentang asal kata dan kata akar sebelum terlaksananya proses i'lal dalam bahasa sumber. Pencarian sesuatu perkataan dalam kamus Arab berdasarkan kata akarnya dan bukannya berdasarkan representasi fonetik kata secara langsung. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan kepada pengguna bahasa Melayu tentang asal usul perkataan yang melibatkan proses i'lal dalam kata bahasa Arab sebelum dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini memanfaatkan data sekunder yang diperoleh daripada kamus Mu'jam Mufradat al-Ibdal wa al-i'lal fi al-Quran al-Karim dan korpus DBP. Kerangka teoretis fonologi mora digunakan bagi menjelaskan proses fonologi daripada input kepada representasi fonetik. Perubahan bunyi daripada input kepada output dilaksanakan melalui pemanjangan kompensatori hasil daripada pelaksanaan pengguguran, penyukuan semula, pemanjangan dan penyahhubungan, walau bagaimanapun, kajian ini dihadkan penelitiannya kepada aspek pemanjangan sahaja.
Kata kunci: i'lal, bahasa Arab, bahasa Melayu, fonologi, mora, representasi fonetik
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
