Aspek Kata Kerja dalam Dialek Melayu Sekadau: Suatu Pengenalan

(Verb Aspect in the Malay Dialect Sekadau: an Introduction)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini menghuraikan aspek kata kerja dalam Dialek Melayu Sekadau (DMS) dengan melihat aspek kata akar kata kerja, penanda aktif, pasif dan antipasif. Dialek ini dituturkan di Daerah Sekadau terletak kira-kira 300 km dari Bandar Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Di daerah ini, DMS berfungsi sebagai lingua franca tempatan. Dialek ini merupakan bahasa ibunda untuk suku Melayu, bahasa interaksi oleh suku Cina dan Dayak. Setakat ini, hanya sedikit penelitian yang berkaitan dengan DMS atas faktor lokasinya yang terletak jauh di kawasan pedalaman. Kajian ini menemukan bahawa kata nama dapat beralih kepada kata kerja tanpa perubahan morfologikal; prefiks N- merupakan penanda aktif sementara prefiks d- adalah penanda pasifnya. Prefiks be- pula adalah penanda antipasif dalam DMS.

Kata Kunci: dialek Melayu Sekadau, kata kerja, aktif, pasif, antipasif

Biografi Pengarang

  • Chong Shin, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Institut Alam dan Tamadun Melayu

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-06-01