Mengalami dan Menghayati Makna Kemiskinan melalui Bahasa

(Experiencing and Understanding the Meaning of Poverty Through Language)

Pengarang

Abstrak

Bahasa dapat dijadikan medium untuk mengungkapkan suka duka kehidupan. Kajian ini melihat pengalaman mengalami kemiskinan melalui bahasa. Kajian menerapkan Teori Relevans (TR) Sperber dan Wilson (1986). Kajian ini meletakkan sembilan baris dalam sajak "Selembar Kamus Kemiskinan" karya Usman Awang (UA) sebagai ironi dan dianalisis dengan TR untuk mencari makna yang dihajati. Dalam TR, proses menentukan kod, inferens dan andaian dapat membantu melengkapkan pencarian makna implisit. TR membenarkan melihat kepada kenangan dan sebagainya untuk mendapat konteks pemula. Melalui kod, inferens dan andaian yang disyaratkan dalam TR, makna implisit sajak "Selembar Kamus Kemiskinan" telah dapat dikesan. Hasil kajian menunjukkan bahawa UA berjaya mengajak pembaca merasai kesengsaraan hidup dalam kemiskinan dengan menggunakan bahasa puitisnya dan emosi sedih dan simpati telah dapat dikesan dalam sajak ini.

Kata Kunci: bahasa, kemiskinan, Teori Relevans, ironi, Usman Awang

Biografi Pengarang

  • Mary Fatimah Subet, Universiti Malaysia Sarawak

    Pusat Pengajian Bahasa

  • Nor Hashimah Jalaluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Institut Alam dan Tamadun Melayu

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-06-01