Deiksis Reruang dalam Dialek Kedah

(Space Deixis in Kedah's Dialect)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini bertujuan meneliti elemen deiksis reruang atau deiksis tempat dalam dialek Kedah dengan memberikan fokus kepada kawasan kajian di Kampung Kubang Lintah, Mukim Lepai, Daerah Kota Setar (DKKS). Deiksis reruang menekankan aspek tempat atau lokasi yang wujud secara relatif dalam ruang peserta deiksis dalam peristiwa tutur (Huang, 2007). Kajian ini menggunakan rakaman perbualan kekeluargaan antara ibu, anak dan adik-beradik. Untuk mengungkapkan hubungan reruang antara entiti yang ditempatkan (benda yang dirujuk) dengan tanda tempat, makalah ini akan menggunakan kerangka rujukan (frames of reference) oleh Huang (2007) yang melibatkan tiga rangka linguistik bagi rujukan, iaitu (i) intrinsik; (ii) relatif; dan (iii) absolut. Makalah ini mendapati DKKS mempunyai kepelbagaian elemen deiktik dalam mengungkapkan hubungan reruang antara entiti yang dirujuk dengan tempat yang menjadi rujukan. Hubungan reruang juga bersifat relatif, iaitu berasaskan hubungan sudut pandang (lokasi), benda (entiti) dan tanda tempat (kedudukan). Analisis deskriptif deiksis reruang dapat menyerlahkan sistem penggunaan deiksis dalam dialek Melayu terutamanya dalam dialek Kedah secara eksklusif dan tersendiri sebagaimana yang dipamerkan oleh peserta deiksis DKKS.

Kata kunci: deiksis, deiksis reruang, dialek kedah, kerangka rujukan, peserta deiksis

Biografi Pengarang

  • Nurul Shahida Jamil, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
  • Maslida Yusof, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-12-01