Kampar dalam Geolinguistik dan Geobudaya Melayu
(Kampar in Geolinguistics and Geoculture of Malay)
Abstrak
Makalah ini membincangkan perkaitan linguistik, budaya dan kekeluargaan orang Kampar di Sumatera, dengan mereka yang telah menetap di Semenanjung Malaysia, di beberapa negeri seperti Pahang, Perak, Selangor dan Kedah. Bukti hubungan ini tercatat dalam sejarah Kesultanan Melaka pada abad ke-15, terutamanya ketika anak Sultan Mahmud, sultan Melaka terakhir, dilantik sebagai raja di Kampar yang ketika itu adalah sebahagian dari kesultanan Melaka. Sultan inilah, Sultan Mudzaffar, yang kemudiannya menjadi sultan Perak, dan dengan itu bermulalah dinasti kesultanan Perak sehingga hari ini. Walau bagaimanapun Kampar telah wujud dalam sejarah dunia Melayu pada abad ketujuh lagi, berdasarkan Inskripsi Siriwijaya Kedukan Bukit (682M). Kajian ini juga meneliti interpretasi frasa minanga tamvan (transkripsi Coedes) yang digunakan dalam inskripsi itu, dan juga meneliti makna frasa-frasa yang memberi konteks penggunaannya dalam usaha menjelaskan kedudukan Kampar dalam sejarah sebagaimana yang direkodkan dalam inskripsi berkenaan.
Kata kunci: Kampar, transkripsi Coedès', inskripsi Sriwijaya, minanga tamvan
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
