Dialek Melayu di Lembah Sungai Krian: Variasi Melayu Saribas atau Rejang?

(The Malay Dialect in Krian River Valley: A Variation of Saribas or Rajang Malay?)

Pengarang

  • Chong Shin Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Di Sungai Krian (Sarawak), dialek Melayu merupakan lingua franca utama. Dialek ini dituturkan oleh suku Melayu di sepanjang sungai ini dan merupakan bahasa interaksi etnik utama di pekan Saratok. Setakat ini, hanya sedikit penelitian berkaitan dengannya dan tiada penelitian yang komprehensif, khususnya klasifikasi terhadap dialek ini. Jadi status dialek ini dan hubungannya dengan dialek Melayu di sekitarnya (dialek Melayu Saribas dan Rejang) belum dapat dipastikan lagi. Kajian ini menggunakan tiga ciri fonologi umum yang wujud dalam dialek Melayu Saribas dan Rejang, iaitu perubahan yang berlaku terhadap bunyi /-a/, /-ɣ/ dan /-l/ untuk menguji kedudukan dialek Melayu di Sungai Krian. Hasil kajian mendapati bahawa dialek Melayu tersebut merupakan variasi Melayu Saribas dengan memperlihatkan penjelmaan /-a/ kepada [-ɔ], /-l/ kepada [-a] atau [-y], dan /-ɣ/ kepada [-ə]. Hal ini berlainan daripada fonologi dialek Melayu Rejang yang mengalami pengekalan bunyi: /-a/ sebagai [-a] dan /-l/ sebagai [-l].

Kata kunci: dialek Melayu, Sungai Krian, Saribas, Rejang, fonologi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-06-01