Produktiviti Imbuhan Mem-, Memper- dan Memper-kan: Pendekatan Linguistik Korpus
(Affix Productivity of Mem-, Memper- and Memper-kan: A Corpus Linguistics Approach)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengukur dan membandingkan produktiviti morfologi imbuhan antara imbuhan awalan mem- dan memper- dan imbuhan apitan memper-kan dalam bahasa Melayu. Kedua-dua bentuk imbuhan berkenaan berfungsi untuk menerbitkan kata kerja dan kata adjektif (terbitan) daripada kata akar (KN, KK, KT, KAdj). Kajian ini juga melihat sama ada imbuhan mem- yang ditambah dengan morfem per- dan -kan menjadi imbuhan memper- dan memper-kan, mempengaruhi produktiviti morfologi bahasa Melayu. Selain itu, dengan menggunakan dan membandingkan dua bentuk korpus, iaitu korpus Akhbar Sukan Dalam Talian yang berjumlah hampir 2.5 juta kata dan korpus UKM-DBP yang berjumlah lima juta kata turut dikaji untuk melihat sama ada saiz korpus mempengaruhi morfologi produktiviti imbuhan berkenaan. Dengan menggunakan perisian Wordsmith Tools 4.0, data korpus berkenaan dijana untuk mengisihkan bentuk imbuhan mem-, memper- dan memper-kan dengan imbuhan lain dan kata akar. Berdasarkan ukuran produktiviti Baayen (1989, 1992), produktiviti proses pengimbuhan tersebut telah diukur. Kajian ini mendapati bahawa imbuhan memper- mempunyai nilai produktiviti yang tinggi iaitu P=0.009 dan P=0.030 manakala imbuhan mem- mempunyai produktiviti yang paling rendah iaitu P=0.002 dan P=0.001 bagi kedua-dua korpus berkenaan. Penambahan morfem per- dan -kan daripada imbuhan mem- menjadi imbuhan memper- dan memper-kan tidak mempengaruhi sepenuhnya produktiviti sebaliknya dipengaruhi oleh hapax. Hal ini dapat dilihat imbuhan yang mempunyai morfem terbanyak, iaitu memper-kan hanya menduduki tangga kedua dengan nilai P= 0.004 dan P=0.008 bagi kedua-dua korpus berkenaan. Namun begitu, saiz korpus ternyata mempengaruhi nilai produktiviti. Nilai produktiviti imbuhan memper- dalam korpus UKM-DBP (P=0.030) mempunyai julat perbezaan yang agak besar berbanding korpus Akhbar Sukan Dalam Talian (P=0.009), iaitu P=0.021.
Kata kunci: ukuran produktiviti, awalan, apitan, morfologi Melayu, data korpus sukan, data korpus umum, linguistik, komputer
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
