"Aku" dalam Konteks Kesantunan Masyarakat Lahad Datu

("Aku" in the Context of the Politeness of Lahad Datu Community)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini bertujuan membincangkan penggunaan "aku" dalam konteks kesantunan masyarakat Lahad Datu. Kajian lapangan ini menggunakan kaedah pemerhatian, dan temu bual untuk pengumpulan data dalam kalangan masyarakat Lahad Datu yang dipilih sebagai reponden. Analisis data dilakukan menggunakan teori komunikasi Saville-Troike untuk memerhatikan norma interpretasi berkaitan penggunaan "aku" dalam budaya masyarakat Lahad Datu dalam perbualan mereka sehari-hari. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan kata ganti nama diri pertama "aku" yang dianggap kasar dan tidak santun jika digunakan terhadap orang yang lebih berstatus dan lebih berusia, namun penggunaannya bagi masyarakat Lahad Datu masih menunjukkan kesantunan. Hal ini menunjukkan bahawa kesantunan yang terdapat dalam masyarakat tertentu adalah berbeza daripada amalan kesantunan yang diamalkan oleh masyarakat yang lain.

Kata kunci: aku, kesantunan, masyarakat Lahad Datu, norma interpretasi, bentuk kasar, penyapa, pesapa

Biografi Pengarang

  • Zaitul Azma Zainon Hamzah, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
  • Noor Fadilah Dawi, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-06-01