Penggunaan Dialek dalam Novel Seorang Tua di Kaki Gunung

(The Use of Dialect in the Novel Seorang Tua di Kaki Gunung)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb18(2)no4

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan membincangkan penggunaan perkataan dialek Melayu dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Haji Abdullah. Jenis perkataan dialek yang terkandung dalam teks sumber ditentukan berpandukan definisi dialek secara umum oleh Collins (1989) dan klasifikasi khusus perkataan dialek oleh Asmah (2008), Mohammed Azlan dan Idris (2014) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kajian ini mendapati bahawa terdapat sebanyak 68 perkataan dialek Melayu dalam teks sumber, iaitu 53 perkataan dialek geografi (perkataan dialek Kedah atau Utara, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan) dan 15 perkataan dialek sosial (perkataan arkaik, bahasa percakapan dan sastera lama). Penggunaan dialek Kedah atau Utara yang ketara di samping beberapa dialek sosial dilihat amat berkait rapat dengan konteks latar masa, tempat dan masyarakat dalam novel dan latar belakang pengarang sendiri.

Kata kunci: novel, sastera, Azizi Haji Abdullah, dialek Melayu

Biografi Pengarang

  • Haslina Haroon, Universiti Sains Malaysia

    Haslina Haroon merupakan Prof. Madya di Bahagian Pengajian Penterjemahan dan Interpretasi di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

  • Adilah Zabir, Universiti Sains Malaysia

    Adilah Zabir ialah pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Penterjemahan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-12-11