Dialek Melayu Hulu dan Hilir di Timur Semenanjung Malaysia
(Upstream and Downstream Malay Dialect in the East Coast of Peninsular Malaysia)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb18(1)no4Abstrak
Makalah ini bertujuan meneliti dialek Melayu yang dituturkan di kawasan hulu dan hilir di tiga lembangan sungai utama di timur Semenanjung Malaysia, iaitu lembangan Sungai Pahang, lembangan Sungai Kelantan dan lembangan Sungai Terengganu. Berdasarkan analisis perbandingan (sinkronik dan diakronik) terhadap ciri fonetik dan fonologi, makalah ini cuba menelusuri persamaan dan perbezaan dialek yang dituturkan di tiga lembangan sungai tersebut bagi menentukan ciri linguistiknya. Yang menariknya, hasil analisis mendapati dialek yang dituturkan di kawasan hulu memperlihatkan ciri yang berbeza daripada dialek di kawasan hilir. Perbezaan tersebut membolehkan dibuat suatu sempadan (isoglos) yang tegas bagi memisahkan dialek di kedua-dua kawasan. Sekurang-kurangnya terdapat dua implikasi yang terhasil daripada penelitian ini. Pertama, sistem topografi masih sah untuk dijadikan landasan penelitian dialek Melayu. Maka, hal ini membawa kepada implikasi kedua, iaitu pengelompokan dialek Melayu pun seharusnya sensitif dengan penyebaran dialek berdasarkan sistem topografi.
Kata kunci: dialek hulu, dialek hilir, Semenanjung Timur, sistem topografi, lembangan sungai
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
