Analisis Kata Progresif 'sedang' Bagi Predikat Pencapaian dalam Bahasa Melayu
(The Analysis of the Progressive Verb 'Sedang' for Achievement Predicates in Malay)
Abstrak
Makalah ini bertujuan menganalisis kata progresif "sedang" bagi kelas predikat pencapaian bahasa Melayu. Progresif memberikan peranan kepada sesuatu yang bukan keadaan, iaitu kepada lakuan dan proses, serta boleh muncul secara natural dengan kata kerja bukan keadaan. Dalam bahasa Melayu, penanda yang merujuk perbuatan yang terus berlangsung dan belum selesai biasanya ditandai oleh kata kerja bantu aspek sedang, tengah (bahasa kolokial untuk sedang) dan masih. Namun demikian, kajian ini hanya memfokuskan kata progresif "sedang" sahaja untuk menentukan kelas predikat pencapaian. Kelas predikat pencapaian merujuk pertukaran sesuatu keadaan dengan kadar yang segera. Dalam sesuatu jangka masa pendek, sesuatu perubahan boleh mewujudkan sesuatu keadaan yang baharu. Dengan itu, kelas predikat pencapaian ditandai sebagai satu lakuan yang mempunyai titik penamat. Kebiasaannya, kelas predikat pencapaian menerangkan perubahan yang segera daripada sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang baharu. Kajian ini memanfaatkan data daripada sumber pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka serta dianalisis menggunakan konsep semantik teori tatabahasa peranan dan rujukan (TPR) - Van Valin (2005) dan pendekatan Rothstein (2004). Pengkaji terdahulu menjelaskan bahawa bahawa kata progresif sedang tidak boleh hadir dengan ayat kelas predikat pencapaian. Namun begitu, janaan data korpus menyangkal pernyataan tersebut.
Kata kunci: kata progresif sedang, kelas predikat pencapaian, teori tatabahasa peranan dan rujukan, data korpus, bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
