Kata Panggilan dalam Masyarakat Melayu: Analisis Sosiolinguistik dan Pragmatik
Abstrak
Makalah ini membincangkan kata panggilan dalam kalangan adik-beradik dan generasi yang lebih tua dalam keluarga Melayu. Permodenan masyarakat menimbulkan kesan terhadap penggunaan kata panggilan keluarga. Panggilan seperti uncle/auntie, grandpa/drandma, telah mula menyusup ke dalam sistem panggilan itu sendiri dan lama-kelamaan akan menghakis penggunaan kata panggilan itu sendiri, yang nyatanya memang hanya wujud dalam bahasa Melayu dan tidak pada bahasa lain. Penulis menerapkan pendekatan sosiolinguistik, semantik, dan pragmatik. Selain data statistik yang menunjukkan bagaimana pemodenan dan pemboleh ubah sosial berinteraksi dan mempengaruhi sistem panggilan, analisis sosiolinguistik turut diberikan. Pada bahagian inilah, kesan pemodenan pada sistem dihuraikan.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
