Penggunaan bahasa Melayu kreol Chetti Melaka: satu analisis domain
Abstrak
Penutur bahasa Melayu kreol Chetti Melaka merupakan sekelompok penutur yang unik kerana walaupun mereka orang India Tamil, dialek Melayu merupakan bahasa ibunda mereka. Kajian ini bertujuan menganalisis corak pemilihan bahasa di kalangan penutur bahasa ini berdasarkan domain-domain tertentu. Pendekatan domain Fishman (1972) telah dimanfaatkan untuk tujuan ini. Sebanyak tujuh domain, iaitu kekeluargaan, kejiranan dan persahabatan, keagamaan, jual beli (transaksi), pendidikan, pekerjaan, dan pemerintahan telah digunakan. Secara keseluruhan, analisis mendapati bahawa bahasa Melayu kreol Chetti Melaka ini masih digunakan secara meluas dalam domain kekeluargaan dan keagamaan.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
