Perkataan maka dan wacana sebelum abad ke-20
Abstrak
Kehadiran begitu banyak perkataan maka dalam teks tulisan jawi dari masa sebelum abad ke-20 disebabkan kerana tulisan jawi/Arab tidak mengenal tanda baca seperti noktah dan koma. Tulisan itu juga tidak mengandungi huruf besar. Lalu maka begitu sahaja dianggap pengganti tanda baca. Hal ini dinyatakan misalnya oleh A. Samad Ahmad (1979) dan Virginia Matheson (1982) - saya kutipkan dalam teks. Pembicaraan saya kini melihat kemungkinan lain. Menolak maka hanya bertugas sebagai pengganti tanda baca. Ada dua wacana dengan maksud yang sama tetapi berbeza dari segi konteks, penceritaan dan tak penceritaan. Maka hanya saya temui pada konteks penceritaan, tidak pada konteks tak penceritaan. Hal ini mendorong saya mengaitkan maka dengan wacana penceritaan. Maka mengaitkan peristiwa pada satu (bahagian) ayat dengan peristiwa pada (bahagian) ayat sebelumnya - tidak saya tolak kemungkinan adanya unsur sebab-akibat. Oleh sebab konteks tak penceritaan tidak memerlukan pengaitan peristiwa ini, pada konteks ini boleh dikatakan tidak ada atau jarang-jarang ditemui maka. Kenyataan ini yang saya cuba membuktikannya dalam makalah ini.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
