Penggunaan bahasa: suatu penjelasan

Pengarang

  • Noam Avram Chomsky Massachusetts Institute of Technology, United States
  • Rusli Abdul Ghani

Abstrak

Dalam Kuliah-kuliah John Locke yang disampaikan oleh Hilary Putnam, Putnam berhujah "bahawa sesetengah keupayaan manusiawi - pertuturan merupakan contoh tipikal - mungkin tidak dapat dijelaskan dari sudut teoretis secara sendiri-sendiri," melainkan sebagai model lengkap "organisasi fungsian manusia", yang "mungkin pula tidak dapat difahami manusia apabila dinyatakan dengan terperinci." Masalahnya "secara realistik, kita tidak akan memperoleh model penjelasan terperinci untuk 'manusia' semula jadi," bukan kerana "kerumitan semata-mata" tetapi kerana "kita juga agak sukar memahami diri sendiri, dalam erti kata tidak mempunyai keupayaan untuk memahami satu sama lain sebagaimana kita memahami atom-atom hidrogen." Ini merupakan "hakikat konstitutif" tentang "manusia pada masa ini," tetapi mungkin tidak dalam beberapa ratus tahun nanti (Putnam, 1978). (Disalin daripada artikel).

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2001-12-29