Sebutan kata bahasa Melayu pelajar Korea

Pengarang

  • Zulkifli Ahmad Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh bahasa ibunda di kalangan pelajar Korea dalam sebutan kata bahasa Melayu. Bahasa ibunda pelajar Korea dikenali sebagai Han-geul. Sampel kajian ini ialah pelajar-pelajar Korea yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia Kajian ini dimulakan dengan meneliti unsur-unsur persamaan dan perbezaan antara fonem-fonem bahasa Melayu dengan Han-geul. Seterusnya, kajian ini mengemukakan faktor-faktor yang menyebabkan kesilapan dalam sebutan kata bahasa Melayu di kalangan pelajar Korea. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada penulis buku teks dan pengajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing dalam usaha pengajaran dan penyediaan bahan pemelajaran untuk pelajar Korea.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2001-01-31