Perbandingan kuantitatif bahasa Miri dengan bahasa Melayu
Abstrak
Bahasa Miri sejenis bahasa Austronesia yang dituturkan oleh orang Miri. Bahasa ini dikelompokkan ke dalam bahasa-bahasa jenis Sarawak di bawah subkelompok bahasa Baram Lembah yang juga mengandungi bahasa-bahasa seperti Dalik, Berawan, Kiput, Narum, Lelak dan Lementing, Belait dan Tutong. Makalah ini membincangkan bahasa ini dari segi linguistik komparatif dengan cara meninjau dan menyenaraikan kosa kata asas bahasa ini dan membandingkan kosa kata asas bahasa ini dengan bahasa Melayu. Tinjauan dan penyenaraian kosa kata asas akan memanfaatkan senarai 100 dan 200 kata Morris Swadesh. Perbandingan pula akan cuba menentukan tingkat kekerabatan bahasa Miri dengan bahasa Melayu. Makalah ini adalah sumbangan kecil terhadap langkah mendokumentasikan unsur linguistik bahasa Miri, memandangkan bahasa ini semakin pupus oleh sebab dari segi penggunaan, penuturnya (terutama generasi muda), sudah beranjak ke bahasa Melayu Sarawak atas sebab-sebab sosiolinguistik (lihat Bibi Aminah Abdul Ghani dan Abang Ahmad Ridzuan 1993).
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
