Pentakrifan dialek Perak dalam kamus

Pengarang

  • Norliza Jamaluddin Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstrak

Pemerian makna paling penting dalam leksikografi kerana makna atau takrifan sesuatu katalah yang paling dikehendaki oleh pengguna. Tuntutan terhadap makna kata bukan sekadar dalam kamus dwibahasa, malahan dalam kamus ekabahasa. Walaupun makna merupakan aspek yang paling dikehendaki, tetapi penghasilan makna merupakan perkara yang paling sukar untuk ditangani. Menurut Hartmann (1933:6), kesukaran yang dihadapi dalam penghasilan sesebuah kamus ialah pentakrifan sesuatu kata. Aspek ini dianggap sukar kerana aspek ini menuntut penguasaan ilmu teras yang mendalam daripada aspek semantik, pragmatik dan ilmu bantu yang lain.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2003-03-03