Pilihan bahasa dalam domain perdagangan di Malaysia
Abstrak
Bahasa Inggeris bahasa kedua yang utama dalam kalangan masyarakat pelbagai bahasa di Malaysia. Kajian ini direka bentuk untuk mengkaji bagaimana dalam suasana pelbagai keturunan di Malaysia, rakyat di negara ini (Melayu, Cina, dan India) sebenar-benarnya menggunakan dan mengubah bahasa masing-masing apabila berinteraksi antara satu sama lain. Giles, Taylor, dan Bourhis (1973) memperkenalkan Teori Akomodasi untuk menerangkan kegunaan bahasa, dan penilaian dari segi proses psikologi sosial pada peringkat antara perorangan. Ketiga-tiga penyelidik ini memberi penekanan kepada strategi bahasa: Penumpuan dan pencapahan. Memandangkan kehendak suasana merupakan faktor penting yang mempengaruhi pilihan bahasa, maka kajian ini memberi perhatian kepada pilihan bahasa dalam urus niaga pemiagaan. Salah satu daripada tujuan penyelidikan yang mencerap penggunaan bahasa dalam suasana sedemikian adalah untuk menentukan sama ada peniaga di Malaysia membuat penumpuan bahasa atau sebaliknya terhadap pelanggan masing-masing. Kajian Japangan mengenai tingkah laku bahasa yang sebenar dalam urus niaga pemiagaan di Kuala Lumpur ini mendapati bahawa pengalihan kod, iaitu penggunaan dua atau lebih kod atau bahasa dalam sesuatu ujaran adalah lumrah dalam masyarakat Malaysia. Makalah ini turut membincangkan faktor lain seperti taraf sosioekonomi, kesepaduan dalam kumpulan dan kecekapan berbahasa yang menjadi penyebab kepada kemunculan jenis linguistik yang lain daripada yang lain ini, iaitu pengalihan kod dalam komunikasi dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
