Teori linguistik dan penyelidikan bahasa Indonesia dalam abad ke-20

Pengarang

  • Harimurti Kridalaksana Universitas Katolik Indonesia Atma Jaya, Indonesia

Abstrak

Selepas melihat secara kasar perkembangan semasa linguistik antarabangsa, dan menggariskan perkembangan penerapan linguistik dalam kajian bahasa Indonesia dan bahasa lain di Indonesia semenjak tahun 1950-an, penulis berpendapat bahawa masa depan linguistik Indonesia lebih terletak pada pergerakan fungsional, daripada pergerakan formalis-generatif. Penulis mengasaskan kenyataan ini pada kajian empirik terkini terhadap bahasa di Indonesia, dan wawasan katolik tentang teori fungsional, serta hakikat bahawa teori Chomsky sentiasa berubah, jarang-jarang diuji secara empirik dan tidak pemah mantap menjadi suatu teori satuan yang tuntas. Dalam amalan penyelidikan linguistik di Indonesia, penulis menunjukkan bahawa beberapa sarjana bulat-bulat menggunakan teori Amerika-Eropah. Waiau bagaimanapun, ada sarjana lain yang memperkenalkan inovasi, idea baharu, dan memperoleh dapatan baharu dalam kajian bahasa di Indonesia.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2002-03-04