Kuala Kangsar sebagai zon transisi dialek

Pengarang

Abstrak

Dialek merupakan variasi atau kelainan bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur berdasarkan ruang geografi yang berbeza. Di Malaysia, variasi bahasa memperlihatkan ketidakseragaman dalam penggunaannya. Artkel ini bertujuan untuk meninjau dan meneliti variasi dari dialek Perak, iaitu subdialek Kuala Kangsar. Pada umumnya Kuala Kangsar disempadani oleh tiga bandar, iaitu Ipoh, Taiping dan Kuala Kangsar. Dari kajian yang dilakukan, ternyata subdialek ini memperlihatkan ciri-ciri dialek yang bercampur aduk dengan dialek luar dan dialek pendatang. Secara keseluruhannya keadaan ini telah memperlihatkan satu keunikan dalam dialek Perak dengan gejala linguistik yang bertumpang tindih. Ini menjadikan Kuala Kangsar sebagai zon atau kawasan peralihan dialek. Waiau bagaimanapun, Kuala Kangsar masih dapat mempertahankan ciri-ciri sejati dialek Perak.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2003-12-01