Kata pinjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu: suatu huraian fonologi

Pengarang

Abstrak

Kosa kata bahasa Melayu, secara umumnya, dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu (i) kosa kata natif atau asli, dan (ii) kosa kata pinjaman atau asing. Antara kata pinjaman asing yang banyak terdapat dalam bahasa Melayu adalah yang berasal daripada bahasa Cina. Dari sudut fonologi, penyerapan kata pinjaman ini memperlihatkan dua fenomena yang berbeza. Pertama, kata pinjaman asing itu mengalami proses perubahan fonologi kerana ingin menepati dan mematuhi sistem dan peraturan nahu bahasa natif. Kedua, kata pinjaman ini mempertahankan dan meng~kalkan ciri sistem bahasa asing, justeru perealisasiannya bertentangan dan bercanggahan dengan sistem nahu bahasa natif. Fenomena kedua ini amat menarik kerana kemasukan ciri asing akan menyebabkan sistem bahasa natif menjadi lebih kompleks dan rencam. Sehubungan dengan itu, kertas ini cuba meneliti dan menghuraikan perilaku fonologi kata pinjaman bahasa Cina yang telah lama terserap dan menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu. Perilaku fonologi yang menjadi fokus perbincangan ialah fenomena kedua, iaitu yang melibatkan pengekalan ciri bahasa Cina yang bertentangan dengan sistem fonologi bahasa Melayu. Antara aspek fonologi yang disentuh ialah (i) harmoni vokal, (ii) rangkap nasal homorgan, (iii) reduksi vokal, dan (iv) nasalisasi vokal.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2004-12-06