Persoalan keunggulan univositi: perbezaan antara terminologi sosiokognitif dengan terminologi tradisional

Pengarang

  • Rita Temmerman

Abstrak

Dalam makalah ini, penulis mempersoalkan keunggulan univositi Terminologi tradisional. Penulis akan memperlihatkan bagaimana Terminologi tradisional yang selari dengan pendekatan strukturalisme Saussurian tidak mengambil kira bahagian-bahagian sating mempengaruhi antara unsur dalam segi tiga semantik. Semantik kognitif dan linguistik fungsional telah memberikan alternatif kepada pendekatan strukturalis Saussurian. Dalam Bahasa untuk Tujuan Khusus (BTK) bidang sains hayat, struktur konsep mencerminkan fungsi epistemologi. Hal ini akan memberikan kesan terhadap penghuraian kaedah terminologi. Beberapa konsep seperti intron jelas difahami dan boleh diterapkan prinsip univositi tetapi konsep-konsep lain seperti pemblotan dan bioteknologi mempunyai struktur prototaip. Bagi yang berstruktur prototaip ini, univositi bukanlah tujuan utamanya kerana polisemi, sinonim dan bahasa figuratif merupakan sebahagian daripada sejarah penamaan.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-12-28