Transformasi statistik senarai kekerapan kata dalam kajian berasaskan korpus: manifesto pilihan raya 2008
Abstrak
Artikel ini meneliti transformasi statistik maklumat kekerapan kata dalam kajian berasaskan korpus. Berdasarkan satu kajian kes terhadap manifesto pilihan raya 2008, penelitian perbandingan kekerapan, iaitu kekerapan mentah, kekerapan relatitf sena visualisasi data kekerapan antara manifesto BN, PKR, PAS dan DAP dilakukan. Seterusnya, penggunaan kekerapan untuk menjana kata kunci dengan menggunakan statistik ujian khi kuasa dua dan log-likelihood. Transformasi statistik data kekerapan kata menggunakan kaedah multivariat - analisis penghubungan juga dipelopori untuk melihat keberkesanan pelbagai kaedah statistik ini. Dapatan dan implikasi kajian menunjukkan transformasi statistik terhadap data kekerapan serta jenis statistik yang digunakan boleh mempengaruhi dapatan dan membawa kepada kesimpulan yang berbeza tentang hubung kait linguistik antara teks dalam sesuatu korpus.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
