Telus, konflik dan legap istilah MABBIM: satu kajian morfosemantik

Pengarang

  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml
  • Junaini Kasdan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia

Abstrak

Dalam kegiatan penyelarasan istilah di peringkat serantau, Majlis Bahasa Brunei Darussalam-lndonesia-Malaysia (MABBIM) memutuskan adanya istilah yang dikategorikan sebagai istilah yang dipersetujui sama (kategori A) dan istilah yang dipersetujui berbeza (kategori B). Setelah lebih tiga dekad kegiatan tersebut dilaksanakan dan lebih daripada 350 ribu istilah diselaraskan, ada laporan yang mengatakan hanya 35% istilah yang benar-benar dipersetujui sama. Manakala 65% lainnya dipersetujui berbeza. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan khusus bagi membincangkan perbezaan morfosemantik antara istilah Malaysia dengan istilah Indonesia. Sebanyak 4,393 istilah Teknologi Maklumat yang dipersetujui sama tetapi memiliki padanan berbeza dimanfaatkan dalam kajian ini. Seterusnya. istilah-istilah tersebut dikelompokkan kepada tiga tahap pemahaman. iaitu telus, konftik dan legap. Sebanyak 60 istilah yang dipilih secara rawak diuji tahap ketelusannya terhadap penutur bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia. Penerapan Teori Relevans membuktikan bahawa perbezaan makna antara istilah Malaysia dengan istilah Indonesia benar-benar berlaku, khususnya dalam peristilahan MABBIM. Walau bagaimanapun, perbezaan bentuk istilah bukanlah penghalang untuk sesuatu istilah itu difahami, selagi ia memberikan kesan kognitifyang sama pada penutur dan pendengar kedua-dua bahasa.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2007-06-04