Amalan psikolinguistik dalam penguasaan sintaksis bahasa Melayu murid Tahun 1
Abstrak
Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti amalan psikolinguistik yang diterapkan oleh guru semasa mengajar dan dapat pula dihayati oleh murid Tahun 1. Amalan psikolinguistik tersebut membolehkan murid Tahun 1 memahami dan menguasai bahan bacaan asas pada peringkat sintaksis dalam bahasa Melayu dengan lebih baik. Penyelidikan jenis eksperimen uji dan uji semula ditadbir ke atas sejumlah 50 orang murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) Morak dalam daerah Tumpat Kelantan. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada proses pengujian sebanyak dua kali berasaskan item yang terkandung dalam modul Asas Membaca. Selain menggunakan penyelidikan jenis eksperimen, penyelidik turut menggunakan kaedah pemerhatian terkawal ke atas semua subjek kajian. Tinjauan berasaskan soal selidik dilakukan terhadap guru dan subjek kajian yang terlibat, manakala temu duga tidak berstruktur dijalankan terhadap ibu bapa dan penjaga murid. Data yang diperoleh melalui rekod pencapaian murid dianalisis dan dirumuskan. Keputusan kajian ke atas subjek menunjukkan bahawa subjek boleh menguasai bacaan asas pada peringkat sintaksis dengan baik dan berkesan sesudah guru menerapkan amalan psikolinguistik dalam pengajarannya. Peningkatan penguasaan bacaan asas pada peringkat sintaksi berlaku kerana mereka didedahkan dengan kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik selaras dengan amalan psikolinguistik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi amalan psikolinguistik mempunyai pengaruh yang sangat signifikan ke atas pemahaman dan penguasaan kemahiran asas bacaan pada peringkat sintaksis dalam bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
