Bahasa Melayu sebagai seni dan senjata dalam mencipta khazanah ilmu
Abstrak
Makalah ini membicarakan dua konsep yang kelihatan bertentangan, iaitu seni dan senjata yang dihubung kait dengan fungsi sejarah, sosial dan politik bahasa yang hidup dinamik dalam masyarakat. Renungan khusus ini dikhususkan tentang bahasa Melayu dan peranannya sebagai seni dan juga senjata dalam meningkatkan khazanah ilmu. Hasil karya sastera kitab dan peranan besar sasterawan sufi dirujuk sebagai contoh penggunaan seni halus terindah dan juga senjata tajam yang berkesan dalam penguasaan bahasa Melayu. Falfasah Islam dan sufisme dalam rangkaian hubungan Ilahi, alam, manusia dan bahasa, seni seta senjata dibincang dalam rangka pencarian makna hakiki dan penciptaan serta pengembangan ilmu. Melalui jalan ini, peradaban Melayu dapat diperkukuhkan dan dibangunkan dalam menghadapi cabaran zaman.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
