Penterjemahan kata kerja bahasa Mandarin kepada bahasa Melayu: (shuo 'berkata')
Abstrak
Kajian ini mengkaji padanan kata kerja bahasa Mandarin, (shuo 'berkata') kepada bahasa Melayu dalam terjemahan antologi cerpen bahasa Mandarin-bahasa Melayu. Antologi berkenaan berjudul Cerpen Pilihan Sastera Mahua Ill: Dalam Hujan Renyai. Kajian ini bertujuan meneliti ketepatan pemilihan kata padanan bahasa Melayu oleh enam orang penterjemah terpilih dalam antologi tersebut. Sebanyak sepuluh kata bahasa Mandarin dan kata padanannya dalam bahasa Melayu dikaji, akan tetapi hanya kata padanan bagi kata kerja, (shuo 'berkata ') sahaja dinyatakan di sini. Waiau bagaimanapun, implikasinya bagi sembilan kata kerja yang lain ada disebutkan. Kajian ini mendapati wujudnya berbagai-bagai kata padanan kata bahasa Melayu bagi satu kata kerja, (shuo 'berkata') bahasa Mandarin. Antara kesan yang nyata daripada fenomena ini dalam teks terjemahan yang dikaji ialah kehadiran pelbagai ragam output terjemahan: iaitu, terjemahan tepat, terjemahan berlebihan, terjemahan berkurangan, dan terjemahan salah. Bilangan kata padanan yang memberikan terjemahan tepatjauh melewati bilangan yang menimbulkan output terjemahan yang lain. Pada amnya, makna kata kerja dalam konteks berkenaanlah yang terutamanya menjadi penentu bagi pemilihan kata padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
