Pengaruh tatabahasa Eropah dalam tatabahasa bahasa Melayu awal
Abstrak
Penulisan tatabahasa bahasa Melayu yang bermula pada abad ke-17 dilakukan oleh orang Belanda. Tatabahasa bahasa Melayu pertama muncul dalam bentuk jadual yang ditulis oleh Frederick de Houtman (1603), diikuti oleh perbincangan beberapa aspek tatabahasa oleh Sebastian Danckaerts (1623), dan tatabahasa yang lengkap ditulis oleh Johannes Roman pada tahun 1653. Tatabahasa-tatabahasa ini ialah tatabahasa Melayu yang awal, dan juga antara tatabahasa terawal di dunia. Tatabahasa ini banyak dipengaruhi oleh tatabahasa bahasa Eropah, misalnya perbincangan tentang konjugasi, kelas kata, dan sebagainya. Justeru makalah ini akan membincangkan pengaruh tatabahasa bahasa Eropah terhadap tatabahasa bahasa Melayu ini dari perspektif sejarah linguistik. Perbincangan akan memberikan tumpuan terhadap pengaruh bahasa Latin dan bahasa Belanda dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
