Keberkesanan aplikasi TMK dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid: satu kajian kes

Pengarang

  • Abul Fuad Mohamed Salim Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan
  • Izani Hj Daud

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bertujuan menilai keberkesanan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid, minat dan penglibatan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Alat ukur kajian ini ialah ujian pradan ujian pasca- bagi melihat keberkesanan penguasaan kemahiran membaca dan Instrumen Permerhatian Guru bagi mengukur minat dan penglibatan murid. Dua kaedah P&P diguna pakai dalam kajian ini, iaitu kaedah Stand Alone yang menyamai situasi dan kemudahan TMK di makmal komputer dan pusat akses sekolah dan kaedah Bilik Darjah. Penyampaian kemahiran membaca kepada murid dilakukan secara pengayaan kendiri dan berfokuskan guru. Dapatan kajian menunjukkan minat murid adalah tinggi dalam proses P&P menggunakan TMK dan kaedah Stand Alone. Kaedah ini lebih diminati berbanding kaedah Bilik Darjah. Penglibatan murid juga adalah tinggi dalam proses P&P menggunakan TMK, dan tiada perbezaan penilaian pemerhatian bagi kaedah Stand Alone dan kaedah Bilik Darjah. Secara keseluruhan telah berlaku peningkatan secara menyeluruh dalam penguasaan kemahiran membaca muridmurid.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-11-30