Akomodasi Aksen, Identiti dan Integrasi Kebangsaan
Abstrak
Artikel ini membincangkan akomodasi terhadap aksen standard kebangsaan dalam kalangan informan penutur asli Melayu di dua buah bandar raya di Malaysia, iaitu Kuching dan Kota Bharu. Kuching dipilih berdasarkan kedudukan geografinya yang terpisah dari wilayah pusat negara, iaitu Semenanjung Tanah Melayu, manakala Kota Bharu dipilih berdasarkan ketegaran dialek tempatan penuturnya. Kajian difokuskan pada dua pemboleh ubah fonologi yang signifikan dalam hal aksen bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, iaitu (a) pada akhir kata terbuka, seperti dalam kata kereta dan (r) pada kata tertutup, seperti dalam pasar. Status akomodasi aksen kebangsaan dilihat bersandarkan pemboleh ubah kelainan gaya bahasa dan bersandarkan dua pemboleh ubah konteks sosial bukan-linguistik, iaitu usia dan jantina informan dalam situasi formal dengan mengambil kira faktor kewilayahan dan kenatifan. Selanjutnya, realiti penggunaan aksen kebangsaan dalam pemboleh ubah tersebut dihubungkaitkan dengan soal integrasi dan identiti - nasional atau tempatan.
Kata kunci: aksen, akomodasi, penutur asli, gaya bahasa, pemboleh ubah fonologi, identiti
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
